“Ku dedikasikan artikel ini untukmu. Dalam kebahagiaan dan ketenangan yang kurasai sesaat, ada air mata dan kesakitan yang perlu ku hirup. Aku berterima kasih kpd dirimu, kerana dalam gawang yang gelap, aku semakin belajar mengenali diri dan hati. Lalu bagaimanakah aku tidak bersyukur? Semoga Allah merahmatimu selalu dengan kebaikan.”
Setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada rasa segar, setelah begadang ada tidur, setelah sakit ada sihat, yang tiada pasti akan sampai, yang tersesat akan menemukan jalan, kesulitan akan hilang dan kegelapan akan sirna.
“Mudah-mudahan Allah mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sebuah keputusan dari sisi-Nya.” (Al-Maidah, 52)
Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar gembira kepada orang yang sedang risau bahawa jalan keluar akan segera datang secepat cahaya dan sekejap mata. Sampaikan khabar gembira kepada orang yang sedang kesusahan bahawa kelembutan dan belaian kasih sayang sebentar lagi datang.
Setelah datang, kepedihan itu pun pergi
Kemudian menghilang dan tidak tampak lagi.
Bersama air mata ada senyuman. Bersama takut ada rasa aman. Bersama kekhawatiran ada ketenangan. Api tidak membakar Ibrahim yang bertauhid lantaran pemeliharaan Tuhan yang menghembuskan hawa dingin dan memberikan keselamatan.
Laut tidak menenggelamkan nabi yang menjadi mitra bicara Tuhan kerana suara yang kuat dan tulus itu mengucap, “Tidak. Bersamaku ada Tuhan yang akan memberikan petunjuk.”
Nabi SAW yang terpelihara dari dosa memberikan khabar gembira kepada sahabatnya bahawa “Dia bersama kita…” sehingga mereka dihinggapi rasa aman, pertolongan dan ketenangan turun.
Orang yang diperbudak kondisinya dan tertawan oleh gelapnya keadaan hanya melihat masalah, kesulitan, dan derita. Mereka hanya melihat dinding kamar dan pintu rumahnya. Padahal seharusnya mereka mahu melihat apa dibalik dinding dan memikirkan apa dibalik pagar.
Kerana itu, jangan resah kerana keadaan tidak mungkin terus sama. Sebaik-baik ibadah adalah menantikan jalan keluar. Hari demi hari terus berjalan. Waktu terus berputar, sementara yang ghaib tidak nampak dan Tuhan yang Maha Bijaksana sibuk mengatur. Semoga sesudah itu Allah menghadirkan jalan keluar. Bersama kesulitan ada kemudahan.
Hanya pada hari ini aku hidup. Kerana itu, aku harus bermanfaat bagi orang lain, mempersembahkan kebaikan untuk mereka, menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, memberikan petunjuk kepada yang sedang bingung, memberi makan orang yang lapar, menolong yang sedang kesulitan, membantu orang yang dizalimi, mengasihi yang lemah, memuliakan orang yang berilmu, menyayangi yang muda serta menghormati yang tua.
Wahai yang gembira dengan derita orang dan mencela zaman
Apakah engkau terlepas darinya dan merasa sempurna?
Jiwa-jiwa mati dengan segala kepenatannya
sementara para penjenguk tidak mengetahui apa yang terjadi padanya
Tidaklah pantas manusia mengeluhkan
sakitnya kepada selain kekasihnya.
Bersabarlah bersama, kerana Allah.
Sabarlah bak orang yang yakin bahawa pasti ada jalan keluar, yang mengetahui baiknya akhir perjalanan, yang mengharap pahala dan ingin dosanya dihapuskan. Bersabarlah betapapun ujian datang menghampiri dan betapapun gelapnya jalan di hadapan. Sebab pertolongan muncul bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama derita, dan bersama kesukaran ada kemudahan.
About Me
- teRbo69+nax
- orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....
Blog Archive
-
▼
2011
(28)
-
▼
September
(19)
- "hantaran bukan jaminan kebahagiaan"
- Wang hantaran tinggi tak menjanjikan kebahagiaan
- CERITA HAL HANTARAN KAHWIN!!
- MAHAR ( MAS KAHWIN )
- Pertunangan Menurut Syariat
- Maskahwin atau hantaran
- aurat dan etika berpakaian wanita islam
- Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir z...
- Nasihat sepanjang zaman
- Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
- KATA-KATA PROFESOR UNGKU AZIZ
- Renungan
- Lagi mengenai kesedihan
- Setakat manakah tahap kecintaan kita kepada junjun...
- PAHIT MANIS KEHIDUPAN
- Hamba bertakwa terima ujian hidup lebih hebat
- Bersama kesulitan ada kemudahan
- Suami disaran contohi sifat romantis Rasulullah la...
- Hasad dengki sifat orang munafik
-
▼
September
(19)
No comments:
Post a Comment