About Me
- teRbo69+nax
- orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....
Wednesday, June 22, 2011
Tanah Kubur
Islam
Tanah kubur yang dibangunkan dengan mengunakan bahan-bahan yang dibakar .
Lebih menyedihkan ianya dihiasi dengan Ayat-Ayat suci Al-Qur'an yang mana ianya bertentangan dengan Islam .
Rata-rata umat islam diakhir zaman ini telah mengikuti budaya orang-orang kafir sedikit demi sedikit .
Jika kita pernah pergi mengerjakan Haji/Umrah, mungkin kita ada menziarahi Perkuburan BAQI' di Madinah dan Perkuburan Di MA'ALA di mekah, Tanah perkuburan ini telah berusia lebih dari 1430 lamanya, namun ianya masih lagi boleh menampung jumlah umat islam yang meninggal dunia sama ada di musim Haji atau Umrah . Ini kerana mereka benar-benar menjadikan tanah perkuburan itu berfungsi sebagai " Tanah Waqaf" .
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
" Rasullullah saw juga melarang tanah kubur dibangunkan dengan bahan yang di bakar dari API "
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhana huwata’ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
Membina bangunan di tanah perkuburan secara tidak lansung, kita telah meng "HAK" milikkan tanah tersebut, sedangkan tanah perkuburan itu fungsinya adalah 'TANAH WAKAF".
Beramallah dangan ILMU, usah meniru sesuatu amalan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang di tuntut oleh Agama.
LAKUKAN SEGALANYA DENGAN ILMU,TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment