About Me

My photo
orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....

Saturday, April 3, 2010

Hisap Rokok: Bahaya Kesihatan & Haram Di Sisi Islam

Oleh al-bakistani

"Kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menyamakan antara perokok dengan haiwan telah di politikkan oleh media sebagai bahan untuk mengurangkan sokongan perokok-perokok di Negara terhadap PAS yang di pimpin oleh Tuan Guru.


Pun begitu, setelah pihak TV3 mengambil tindakan untuk melihat undian dari rakyat, didapati pandangan Tuan Guru telah mendapat sokongan yang baik.

Ini menandakan, walaupun kenyataan tersebut dilihat seakan-akan kasar dan keras, tetapi setelah dihayati mempunyai pengaruh yang besar bagi perokok-perokok untuk berhenti dari menghisap rokok.

SEJARAH ROKOK DAN TEMBAKAU

Apabila menyebut rokok, maka ianya tidak lepas dari perbincangan tentang tembakau. Berdasarkan kepada maklumat, tembakau ini tidak dikenali melainkan pada awal kurun ke 11 hijrah. Ekoran dari itu, ulama-ulama di zaman sebelum itu tidak memperkatakan hukum rokok.

Mengikut dakwaan sesetengah pihak, amalan merokok ini berasal dari amerika dan merebak ke eropah dalam kurun ke 16[1]. Pada awalnya, amalan merokok ini dianggap sebagai salah satu amalan untuk perubatan. Pada kurun ke 19, amalan merokok ini sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk dunia umat Islam ketika itu[2].

Setelah amalan merokok ini tersebar, didapati ianya banyak memberi kerosakan dan menjejaskan kepada kesihatan, terutama kepada kesihatan otak, jantung, penglihatan mata dan sebagainya.

Apa yang lebih teruk dari itu adalah, terjejasnya kesihatan itu bukan sekadar dikalangan perokok sahaja, tetapi ianya merebak kepada mereka-mereka yang tidak merokok juga.

Perkara ini telah diakui oleh sebilangan besar Doktor-doktor di dunia, sehinggakan kemudharatan merokok ini sudah boleh dianggap sebagai sesuatu yang “ijmak” dikalangan para Doktor. Ekoran dari keadaan rokok yang banyak memberi kesan buruk kepada manusia, maka ulama-ulama mula berijtihad dalam menyatakan hukum rokok.

HUKUM ROKOK ADALAH HARAM

Telah dinyatakan di atas, boleh dikatakan seluruh para doctor dunia telah “berijmak” bahawa merokok adalah sesuatu yang boleh memudharatkan kepada kesihatan.

Maka dengan itu, Islam telah menetapkan hukum bahawa, merokok itu adalah haram dengan beberapa alasan.

Antara sebab pengharaman Rokok adalah seperti berikut;

1. ada kaitan dengan arak.

Berdasarkan kepada satu kajian, sebelum rokok di buat, tembakau akan di peram dengan perahan anggur atau perahan epal. Dalam keadaan ini, perahan anggur dan apel ini sebenarnya merupakan antara cirri-ciri arak[3].

Dalam keadaan inilah, dapat dikatakan rokok ini sebenarnya berasal dari tembakau yang telah diperam bersama perahan arak yang telah di haramkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

(Surah Al-Maidah : 90)

1. Rokok membunuh

Sememangnya diketahui, rokok merupakan antara alat untuk membunuh manusia secara perlahan. Semuanya berpunca dari kemudharatan disebalik merokok.

Memudharatkan diri sendiri merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah.

Firman Allah;

“dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya”

(Surah Al-Baqarah : 195)

Begitujuga, rokok tidak sekadar memberi mudharat kepada diri perokok sahaja, bahkan rokok dapat memberi mudharat kepada orang tidak merokok juga.

Keadaan ini adalah haram di sisi Islam dengan firman Allah;

Maksudnya;
“janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”

(Surah An-Nisa’ : 29)

Dan sabda Nabi SAW;

Maksudnya;
“Tidak boleh memberi mudharat dan tidak boleh memudharatkan kepada orang lain[4]”

1. Rokok adalah perkara yang buruk

Firman Allah;

Maksudnya;
“157. "Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk”

(Surah Al-‘Araf : 157)

Firman Allah ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa, Allah menghalalkan kepada manusia segala perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk (tidak baik).

Imam Ibnu Kathir dalam mentafsirkan ayat ini mendatangkan maksud “tayyibat” dan “Khabisat” dengan beberapa pendapat ulama dengan katanya;

Maksudnya;
“Setiap yang Allah halalkan daripada makanan, maka ia adalah baik dan memberi manfaat kepada badan dan agama. Dan setiap perkara yang Allah haramkan, maka ia adalah perkara yang buruk, memberi mudharat kepada badan dan agama[5]”

Rokok sememangnya tidak memberi manfaat kepada agama dan badan, tetapi hakikatnya adalah, rokok dapat memberi keburukan dan mudharat kepada badan dan agama. Ekoran dari itu, dari firman Allah ini jelas kepada kita bahawa rokok adalah haram.

1. Merokok adalah pembaziran

Dengan menghisap rokok, tiada kebaikan yang didapati melainkan keseronokkan yang tidak memberi faedah kepada diri disamping memberi kesan mudharat kepada kesihatan. Ekoran dari itu, dengan menghisap rokok akan menyebabkan perokok akan melakukan pembaziran yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

“Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya”

(surah Al-Isra’ : 27)

Keharaman membazir ini tidak dikhususkan kepada sesiapa pun, samada dia kaya atau miskin.

Ibnu Masuud dan Ibnu Abbas mendefinisikan membazir adalah ;

Maksudnya;
“Membazir adalah menginfaqkan pada yang tidak dijalan kebenaran”

Mujahid pula menyatakan;

Maksudnya;
“kalau insane menafkahkan semua hartanya pada kebenaran, itu tidak dinamakan sebagai membazir. Dan kalau dia menafkahkan satu cupak pada bukan jalan kebenaran, maka itu sudah dikira sebagai membazir”

Adapun Qatadah pula menyatakan;

Maksudnya;
“Membazir adalah nafkah pada maksiat kepada Allah dan tidak diatas jalan kebenaran disamping untuk melakukan kerosakan[6]”

Dari ketiga-tiga definisi ini, didapati semuanya bersesuaian dengan merokok. Ekoran dari itu, dengan ini jelas bahawa rokok adalah haram.

1. Rokok menghasilkan bau busuk

Jika bawang dilarang dari memakannya oleh Rasulullah SAW sehingga ulama menyatakan atas makruh memakannya disebabkan baunya yang busuk. Iaitu dengan hadis;

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar, sesungguhnya Nabi SAW berkata dalam peperangan khaibar, barangsiapa yang makan daripada ini – iaitu bawang putih – maka dia dilarang menghampiri masjid kami[7]”

Dalam hadis ini, nabi SAW melarang makan bawang kerana baunya. Maka berdasarkan kepada qiyas awla, terlebih melaranglah oleh nabi SAW dari menghisap rokok yang baunya lebih busuk dari bau bawang.

PENUTUP

Dari perbahasan ini jelas kepada kita bawah rokok adalah sesuatu yang haram, terutama rokok-rokok tersebut adalah rokok yang banyak memberi sokongan ekonomi kepada Israel yang sedang menyerang islam.

Melihat kepada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang menyamakan antara perokok dengan haiwan. Dengan ini dapat di akui kebenaran dakwaan itu. Ianya adalah kerana, jika dilihat kepada kotak-kotak rokok, tertulis padanya pesanan tentang bahaya merokok, tetapi manusia tetap juga menghisap rokok.

Dengan keadaan ini, tulisan ini sebagai menyeru umat Islam yang merokok agar berhenti dari merokok. Ianya adalah kerana perbuatan itu merupakan amalan yang melibatkan diri dengan dosa kepada Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment