Subject:  Kenali Personaliti Diri Melalui Tarikh Lahir
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 =  1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya  ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir  dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
-  Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan
baik  teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang  terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri  merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan  pendapat yang lain mungkin baik
atau lebih baik. Berfikirlah secara  terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,  Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,  Requel
Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
-  Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan
orang lain  sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal  dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka  bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong  mereka
untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk  bersendirian
jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini  secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar
untuk meningkatkan  nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa  berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President  Bill Clinton,
Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus  Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik  dan mudah dibawa
berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang  dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan  apa sahaja untuk
mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
-  Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan  lebih
realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan  Alda, Ann Landers,
Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody  Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan  tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka  hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya  mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu  kerja secara
sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan  merasai pertalian
dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar,  tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel  dan bersikap lebih baik
terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang  mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
Thatcher, Arnorld  Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka  adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan  suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka  perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah  mereka, mereka memerhatikan setiap peluang
untuk mempelajari sesuatu daripada  setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka  tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu  dengan teliti dan
mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat  sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:  Abraham Lincoln,
Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette  Midler, Helen
Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini  adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk
berasa gembira.
-  Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka  mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan  menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang  terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia  kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius.
- Golongan ini  harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang
tidak boleh  diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert  Einstein, Jane
Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus,  Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu  menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima  sesuatu perkara dengan
mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi  keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling  mereka tetapi
mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali  sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan
dan kadangkala  bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan  untuk
menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
-  Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka  tersendiri dan mereka perlu
belajar untuk menerima kenyataan dunia  sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William  Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess  Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian  masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik  dan
sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan  suka hidup dalam
suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka  mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia
secara objektif.
- Mereka  akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa
mereka adalah  ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan  berdasarkan
keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang  lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce,  Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha  Franklin,
Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai  kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan  pemurah..
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah  untuk
berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun  yang
dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang  pelbagai sehingga menyukarkan orang
sekeliling mereka untuk memahami  mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah  dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang  sangat baik tetapi juga boleh menderita
akibat terlalu bergantung kepada  nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina  landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:  Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy  Carter, Elvis
Presley.    
About Me
 
- teRbo69+nax
- orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....
Blog Archive
- 
        ▼ 
      
2010
(25)
- 
        ▼ 
      
April
(11)
- ...
- Cerita Pengantin Malam Pertama
- Perhatikan Cermin!!
- Wanita Cantik yg suka Menangis..
- Mandi wajib yg betul
- Kenali Personaliti Diri Melalui Tarikh Lahir
- Kaki katak dlm mee goreng ( Old Town Bukit Tinggi ...
- Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri
- Doalah kpd org tua kita Murah rezeki
- Hisap Rokok: Bahaya Kesihatan & Haram Di Sisi Islam
- JANGAN PANDANG HINA ORANG KERJA KILANG & JANGAN BE...
 
 
- 
        ▼ 
      
April
(11)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment