Cicak RM30,000
PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.
Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.
Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.
Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.
Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.
“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.
“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.
“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya.
P/S kalau indonesia, cicak tokeknya mahal harganya, Malaysia pun ada cicak Pok-ke gak!
About Me
- teRbo69+nax
- orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....
No comments:
Post a Comment