About Me

My photo
orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....

Wednesday, May 5, 2010

‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’

Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’. Sudah jadi fitrah tiap manusia, suka mempunyai kawan yang ramai. 

Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati.  Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.

Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita.
Mari kita renungkah sama ada kita telah menjadi sahabat yang baik………..
  • Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
  • Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
  • Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
  • Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
  • Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
  • Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
  • Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
  • Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
  • Sentiasa mendoakannya
  • Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.
  • Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
  • Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
  • Berterima kasih atas kebaikannya.
Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.

No comments:

Post a Comment