About Me

My photo
orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....

Sunday, February 27, 2011

KATA-KATA PUJANGGA

kata-kata pujangga :~

"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
-Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya."

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara."

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali"
  "Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa."
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu."

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.''
"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang."


"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini."
"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar."
  "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."
"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" 

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."
 "Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."

" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."
"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya"
"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."


"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan"

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain"

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."


"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."
"Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."
"Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."
"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."
"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."
"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."
"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

 "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."
"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

Kata-Kata Cinta

Kata-Kata Cinta
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.


Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Friday, February 25, 2011

KENDURI KAHWIN- wajibkah?

KENDURI KAHWIN- wajibkah?

بسم الله الرحمان الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



WAJIB HADIR MAJLIS KENDURI KAHWIN

SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?

JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.

Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib. Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.

source : http://members.tripod.com/~rashid1218/is2.html



****************************************************************************************

Bertemu kembali. Kenapa saya masukkan entry ini? Rasanya semua sudah maklum sekarang adalah musim kenduri kahwin. Boleh dikatakan setiap minggu akan ada kenduri yang perlu dihadiri. Namun adakah wajib bagi kita untuk menghadiri kesemua jemputan yang diterima? Larat ke? Bukan isu larat nak isi perut ataupun tidak, namun perkara-perkara yang lebih penting seperti tertulis di dalam entry di atas adalah lebih perlu dititikberatkan.

Di antara kesemua syarat yang dinyatakan di atas, saya tertarik kepada syarat yang ke-6 iaitu:



Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari
menari yang haram.

Fenomena kenduri kahwin di Malaysia nampaknya makin menjurus ke arah hiburan. Kenduri yang sepatutnya diadakan secara sederhana dan penuh nilai-nilai murni kini dicemari dengan budaya hedonisme. Tidak cukup dengan siaran televisyen, radio, internet, malah di kenduri kahwin pun mahu berhibur dengan perkara-perkara yang melaghakan juga?

Memang benar, kenduri kahwin itu sebagai salah satu lambang kesyukuran. Namun, adakah perlu untuk menzahirkan rasa syukur itu dengan perkara-perkara yang tidak disukai Allah?
Andai kenduri kahwin yang diiringi dengan alunan ayat-ayat suci al-Qur'an, pastinya tidak menjadi masalah!(secara peribadi, saya masih belum ketemu situasi seperti ini, kalau dendangan nasyid, memang ada). Yang menjengkelkan, kedengaran irama lagu yang pelbagai genre dimainkan di kenduri perkahwinan. Dalam kita sedar atau tidak, perkara sebegitu sedikit sebanyak telah terikut dengan budaya dari Barat. Ditambah pula dengan nyanyian secara 'live' yang disampaikan penyanyi jemputan (artis rasmi mahupun tidak) dengan pakaian yang tidak menutup aurat, adakah itu dinamakan berhibur mengikut syariat Islam?

Cukuplah dengan 'penjajahan hiburan' yang tidak dapat dielakkan di kaca TV dan media-media yang lain. Jadikanlah kenduri kahwin sebagai majlis yang diberkati dan dirahmati..Manusia memang tidak dapat lari dari hiburan..kerana ia adalah fitrah yang diingini setipa insan..namun kita mesti memilih hiburan yang membentuk rohani, bukan melekakan dan merosakkan anak bangsa! Bak kata kumpulan RAIHAN dalam nasyid dendangan mereka..





Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Namun pabila salah
memilihnya
Membuat kita jadi bersalah..