About Me

My photo
orgnye simple...bedal je ape y ade depan mata....haha urm...aq adalah aku,, pinsip biarlah aq y thu..klu y nk thu cube mendekati aq dan ikut rentak aq..bile tibe msnye kamu akn thu ape prinsip hidup aq sbnrnya...ego?manusia mana yg xada ego...??bila aq berepan dgn sesorg y istimewa..aq akn tnjunkn dri aq y sbnr..aq bkn hepokrit..aq seorang y heppy, enjoy, dan penyabar (penyabar pon ada hadnya)...sesiapa y knl dan penah mengenali dri ini akn knl sape aq....

Tuesday, March 30, 2010

Hayatilah pengorbanan seorang hamba ALLAH ini

cid:image002.gif@01C91FF7.EA25D1A0

Hayatilah pengorbanan seorang hamba ALLAH ini.


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak
elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.


Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more....." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan
di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah
Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak

masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu
tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri
ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. ..Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu
opis
ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk.
Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan
tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap

Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri

bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau

Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30

malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan

mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian

kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala

Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.

Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.

Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,

perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah

suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit

pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan

cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak

jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi

pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka

tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah

melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih

mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan

menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang

ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi

ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar

bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh

ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita
kahwin

mereka bekerja keras kan
"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut

plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis

memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa

cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa

dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa

tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas

kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau

kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA

ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam.. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas

masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet.......bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok

je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah

sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya

laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,

ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati

Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah

dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba

fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri,

sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab

Zakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang

segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri
menamatkan

perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.

"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang
serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause

sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan

dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding
sekuatnya... dan

selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit

kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan

Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta

simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah

buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu

Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya

so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya
dan

confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation

sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really

sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata
Doktor

Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain

lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap

lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa

pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan

segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati

setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap

lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri

tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN

PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga

inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar

menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.

Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya

Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti

kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila
Abang

panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu

seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan

tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita

yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak

perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih

sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan

sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah

paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.

Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa

melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang

seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma

menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan

mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak

kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan

dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih

sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama

disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika

sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.

Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging

abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun

kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa

supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama

emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar

kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata

orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah

Nisa...Ibunya.... ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan

Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun

Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua....

Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada

Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping

gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri

mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA

DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN..
SEMOGA

KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA

HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh

tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap

perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini

jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa..

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.

Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam

pangkuan neneknya...Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka

Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan

lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"

bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi

ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar

seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh

Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh

perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.


Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada

neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama... Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah

kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi

pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan

kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang

merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan

..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri

terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium

tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.

Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga

dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH
,Zakri,Zakri

bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat

sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat
emak

dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke

arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik

kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu

nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak

ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa...

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sa haja , malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Monday, March 29, 2010

Cerita yg bermula dengan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada
Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"Ketam kata, "Ku
ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau
kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata
kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar
kudis?" Ketam ketawa,
Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!

Kodok..Kodok..
kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada Ketam,
"Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke
kurang-ajar?" kata Kodok.


Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat
kadar kilat."kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok
Kodok.Ketam
kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan
kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


Cerita yg bermula dengan huruf C:

copot cahabat ciput

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput
cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot
cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan
cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah
cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot
cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi
cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput
cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot
cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam,
cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came
copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap,
"copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

SESIAN, SIMA SASIH….kite caje2 je..jgn marah kite ye..

KISAH EMPAT PENGANTIN BARU

KISAH EMPAT PENGANTIN BARU

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi Iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.
Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon...

Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat.'
panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Error! Filename not specified.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'.
Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'..

Bahagialah Si Siti rupanya..

Error! Filename not specified.

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Error! Filename not specified.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang
bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu...... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya..

Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis..
Apa motto iklan itu...??!'

Error! Filename not specified.
7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!'

"KECANTIKKN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA"

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam
....


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sunday, March 28, 2010

~ Jodoh Itu ketentuan Tuhan ~

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanyer. Ia bagai menati jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannyer, jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnyer cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanyer belumlah terlalau lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatalah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorgan diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih takala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu

berada jauh dihadapan. Anada pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang bersama.Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga organ yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam rumahtangga. Bukankah dang ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksankannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka ? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal duahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata ?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, berlajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dlu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebba kenyataan ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntuntannya. Berkahwin itu menjanjinkan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang tuntuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan isan kepada Nabi-nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

kadangkal Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tiada berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengudur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.